mood note


Thursday, 20 June 2013

SIHIR!!

Sihir dari segi istilah merupakan satu perbuatan menyakiti atau mempengaruhi badan, hati atau akal orang yang disihir secara tersembunyi (ghaib) yang melibatkan makhluk halus, dan dilakukan di luar hukum alam bagi mencapai tujuan tertentu, contohnya menyakiti seseorang, mengubati penyakit dan juga meramal masa hadapan. Penggunaan istilah sihir dalam alam Melayu pada kebiasaannya merujuk kepada ilmu hitam.

Dalam Quran terdapat kisah dua malaikat Harut dan Marut (Surah Al-Baqarah, ayat 102), yang diturunkan untuk menentang tukang-tukang sihir yang lumrah pada zaman tersebut. Antara sihir yang diajar oleh Harut dan Marut kepada manusia adalah sihir yang boleh memisahkan antara suami dan isteri. Tujuan kedua-dua malaikat ini adalah untuk menunjukkan betapa sihir itu menuju ke jalan kekufuran. Sihir memisahkan suami dan isteri telah diturunkan di Babil sebagaimana ditemui beberapa mentera lama yang tertulis dalam bahasa Sumari, iaitu bahasa kuno yang wujud bebeapa abad sebelum masehi.[2]
  • Setiap Nabi dikurniakan mukjizat yang merupakan lumrah di kalangan umatnya pada masa itu. Nabi Musa AS dikurniakan mukjizat untuk berlawan dengan tukang-tukang sihir semasa zaman baginda, yang pada masa itu adalah pemimpin dan ketua-ketua kaum, sebagaimana dikisahkan dalam Surah Taha, ayat 63-69.
  • Rujukan mengenai sihir amat juga amat jelas dalam Surah Al-Falaq yang diturunkan setelah Nabi disihir oleh seorang Yahudi Arab.
  • Kisah mengenai takhta Ratu Balqis semasa zaman Nabi Sulaiman yang dapat dipindahkan sekelip mata oleh seorang manusia seperti yang diceritakan dalam Surah An-Naml, ayat 38-42..

TANDA-TANDA DI SIHIR.
1. mimpi di  patuk ular..(dulu slalu dgr org ckp mimpi kena patuk ular ni biasa nya ada org nk meminang..hihi..rupa2 nyer slah lerr...)
2.Mimpi jatuh dari tempat yang tinggi feel mcam real..  (sampai boleh feel)
3.Mimpi benda tajam diihala kat kita..
4.Gelisah, dan sakit-sakit belakang.
5.Perasaan korang dari sayang tukar benci
6.Batuk berpanjangan..(bertahun-tahun lamanya...)

CARA-CARA ELAK SIHIR.



1.Baca berulang Kali

BismillahilLazi la yadhurru ma’asmihi syai`un fil ardhi wal fissama` wahuwas sami’ul alim.
2.baca surah  al-Baqarah kerana dengan membacanya akan menghalang ahli2 sihir dari kita.. 
3.Baca ayat Kursi 
4.Solat dan mintak pertolongan dari Allah..
Petua nak melawan sihir...dapat dari blog seseorang..)
 Step by step ni..

1. Tumbuk 7 helai daun pohon sidr ( bidara ) hijau antara 2 batu atau yg sejenisnya.
2. Lepas tu,siram air yg mencukupi bagi tujuan dikumpulkan utk dimandikan dgnnya.
3.lalu dibacakan al-Ta’awwuz , diikuti dgn ayatul Kursiy , kemudian surah al-A’raf ayat 117-122 :
4. Dibacakan surah Yunus ayat 79-82
5. Dibacakan Surah Taha ayat 65-70
6. Dibacakan 4 Qul Kemudian bila dah dibacakan hendaklah diminum air sebanyk 3 kali dan yang bakinya digunakan untuk mandi Dan semasa menyapu air pada anggota yang sakit hendaklah membaca
7. Surah al-fatihah
8. 2 ayat terakhir surah al-Baqarah
9. 3 Qul sebanyak 3 x atau lebih disertai dgn sentuhan dgn tangan kanan dan tiupan pada anggota yg sakit .
10.. amalkan doa,, cthnya :

Ya Allah, Tuhan sekalian manusia , hilangkan penyakit ini,sembuhkanlah.Engkaulah yang menyembuhkan penyakit, tiada kesembuhan kecuali kesembuhanMu, kesembuhan yang tidak meninggalkan sebarang kesan selepasnya. ( HR Ahmad, Abu Dawud, Ibn Majah dan al-Hakim )

 
P/s. copy paste dr blog2 dan didengar dr ustaz2 di percayai..